Teknik tanaman gaharu sangat penting bagi mempastikan pokok yang ditanam dapat dengan cepat mengadaptasikan dengan persekitaran ladang. Teknik tanaman yang digunakan adalah berkait rapat dengan spesis yang dipilih oleh peladang. terdapat beberapa spesis utama yang menjadi pilihan peladang. Jika anda meminati spesis A.Crasna, A.Sap Integra atau A.Sinensis, maka teknik tanaman spesis ini agak berbeza dengan A.Malaccensis atau A.Hirta.
Perbezaan teknik tanaman antara spesis adalah disebabhan perbezaan ketahanan spesis terhadap suhu dan sinaran matahari. Bagi A.Malaccensis biasanya, memerlukan antara 70% pancaran matahari pada peringkat permulaan tanaman iaitu enam hingga satu tahun penanaman. Jika anda dapat menyediakan persekitaran diladang, hanya 70% pancaran matahari anda pasti dapat melihat perbezaan pertumbuhannya. Berbagai teknik boleh digunakan untuk mengediakan persekitaran yang sesuai untuk spesis A.Malaccensis asalkan pancaran matahari dapat ditapis.
Antara teknik yang biasa digunakan adalah dengan membuat sangkupan dengan tujuan melindungi pancaran matahari terus ke pokok. Namun demikian terdapat teknik yang lebih efesien dengan menanam gaharu diantara pokok getah, kelapa sawit atau buah-buahan.
Walau apa pun teknik yang menjadi pilihan, ia bergantung kepada kesesuaian persekitaran ladang, samaada ladang terbuka atau berselang seli dengan tumbuhan lain. Pemilihan teknik tanaman ini juga bergantung kepada sifat spesis gaharu pilihan anda.
No comments:
Post a Comment