Wednesday, 20 November 2013

TEKNIK SUNTIKAN/INOKULASI POKOK GAHARU/DEPU/KARAS/AQUILARIA sp.



Umum mengetahui pokok gaharu perlu melalui proses tertentu untuk menghasilkan teras seperti yang diidamkan. Ramai juga mengetahui antara kaedah digunakan adalah suntikan atau sangan sinonim dengan istilah inokulasi oleh pemain gaharu secara perladangan. Walaupun terdapat kaedah lain seperti sapuan dan takikkan dibahagian batang pokok, namun kaedah suntikan diakui memberi impak yang lebih positif.






Terdapat banyak mitos dan berbagai teori dilontarkan berhubung pembentukan teras gaharu melalui kaedah inokulasi. Yang nyata kebanyakan teori ini sangat menakutkan, seolah-olah proses inokulasi ini sangat rumit, boleh memberi kerugian yang besar, risiko kematian pokok yang tinggi, gaharu tidak menjadi, gaharu menjadi nipis, kayu mereput, pokok akan patah ditiup angin dan berbagai kenyataan yang sangat menyeramkan sehingga boleh menjadi mimpi ngeri kepada peladang, dan sudah pasti proses ini hanya layak dilakukan oleh golongan yang pakar sahaja. Namun percayalah kenyataan ini mirip kepada berniat ‘menangguk di air keruh’. Kenyataannya adalah proses inokulasi sangat mudah, tidak memerlukan kelulusan Phd,Sarjana, bahkan sijil sekalipun. Proses inokulasi pokok gaharu boleh dilakukan oleh siapa sahaja. Bahkan kanak-kanak belum baligh pun boleh melakukannya. Dan hasil gaharu yang terbentuk tidak bergantung kepada siapa, dan kelulusan apa orang yang melakukannya.










Tanpa menolak faktor Kemungkinan vaksin yang digunakan yang menjadi penentu keberhasilan ketebalan teras dan faktor genetik pokok, proses kerja inokulasi boleh dilakukan oleh siapa sahaja dengan mendapat sedikit tunjuk ajar yang ringkas. Yang nyata proses kerja inokulasi boleh dilakukan dengan mudah oleh peladang sendiri dengan sedikit peralatan asas.




Yang menarik lagi tentang teknik suntikan ini ialah, peladang boleh menentukan bentuk teras yang diingini samaada ingin membentuk gaharu berupa selinder atau ketulan kecil seperti chip. Kaedah suntikan yang berbeza menjadikan penbentukan teras juga berbeza.




No comments:

Post a Comment