Wednesday, 13 November 2013

Spesis Aquilaria/Depu/Karas/Candan

Umum mengetahui Karas/Gaharu yang tergolong dalam spesis Aquilaria telah ditanam secara meluas di seluruh asia tenggara termasuk dibeberapa bahagian di Negara China dan India. Secara umumnya pokok gaharu yang lebih dikenali masyarakat tempatan sebagai depu, karas dan candan mempunyai beberapa spesis yang popular dan menjadi pilihan peladang. Di Malayisia industri ini mula berkembang sekitar tujuh atau lapan tahun yang lalu dan spesis yang menjadi pilihan ketika itu ialah Aquilaria Crasna. Maka tidak hairanlah jika ditinjau lebih 90% ladang karas yang ditanam secara komersial di Malaysia, ditanam dengan spesis ini. Perkembangan seterusnya menyaksikan sekitar tahun 2009 Spesis Sap Integra mula mendapat tempat sebagai pilihan peladang. Kedua-dua spesis ini dibawa masuk daripada Thailand dan Kemboja.Namun demikian terdapat juga segelintir yang memilih spesis Aquilaria Sinensis diatanam secara perladangan besar. Spesis yang berasal dari Negeri China ini dikatakan mempunyi keistimewaan sendiri.

Disamping tiga spesis yang disebutkan tadi terdapat spesis purba yang tumbuh meliar diseluruh hutan dan tanah terbiar di negara ini.spesis yang dikenali oleh penduduk tempatan sebagai depu atau karas ini rupanya mempunyai standart tersendiri.Industri perdagangan gaharu telah bermula ribuan tahun lalu yang melibatkan pedagang Timur Tengah dan India. Sejarah memcatatkan bahawa masyarakat arab telah mengimport  teras gaharu yang lebih dikenali sebagai 'kayu hitam dari india' dalam Sahih AL Bukhari ribuan tahun yang lalu, dan spesis yang dimaksudkan sebagai 'kayu hitam dari india' telah dikenalpasti oleh penyelidik, dikenali oleh masyarakat India sebagai Anggalochea, dan sumber penyelidikan membuktikan bahawa Anggalochea yang dikenali oleh masyarakat india sebenarnya adalah spesis Aquilaria Malaccensis, dan spesis ini lah ditinggalkan terbiar tidak dikomersialkan yang dikenali sebagai depu dan karas. Anehnya spesis yang  ditinggalkan ini menjadi buruan pendatang Thailand, Kemboja, Burma dan Endon yang menceroboh kawasan hutan dinegara ini. Prijudis sebahagian pemain gaharu terhadap Spesis ini (A.Malaccensis) sebagai spesis kampung, tiada nilai untuk dikomersialkan, mempunyai ciri-ciri pertumbuhan yang lambat, manja dan tidak lasak sebenarnya tidak berasas sama sekali. Fakta dari bebrapa potong hadis yang diabadikan dalam Sahih Al Bukhari, hadis no 5260,5274,5276,5279. Sahih Muslim hadis no 4102,4102. Sunan Abu Dawud hadis no 3379 dan sunan Ibnu Majah hadis no 3453. membuktikan bahawa spesis ini yang dikenali sebagai 'kayu hitam,' anggalochea, depu, karas atau Aquilara Malaccensis ini mempunyai nilai yang tinggi dan berada dalam klasnya yang tersendiri.




Tanpa menolak keistimewan beberapa spesis yang menjadi pilihan ramai seperti A. Crasna, A. Sapintegra dan A. Sinensis, Aquilara Malaccensis sebenarnya perlu dimartabatkan sebagai spesis tempatan yang mempunyai 1001 keistimewaan dari segi khasian prubatan, pengikhtirapan sejarah, dan nilai astatikanya yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment