Tuesday 12 November 2013

Pemilihan Benih Karas Yang Mempunyi Genetik Terbaik




Sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa pemilihan benih karas yang dihasilkan melalui percambahan biji benih mempunyai risiko pokok membesar diladang tidak seragam atau sekata. Selain daripada faktor kesuburan tanah dan sistem pembajaan yang tidak menyeluruh fonomena pokok membesasr tidak seragam diladang adalah adalah berkait rapat dengan faktor genetik variati benih yang dipilih. Kajian mendapati bahawa antara 15% hingga 20% benih yang dihasilkan melaui percambahan biji menghadapi disiko pertumbuhan terbantut. dalam istilah yang lebih mudah, pakok yang yang dibiakkan cacat. Bagi mengatasi persoalan ini pemilihan benih ditapak nurseri amat penting. benih yang mempunyai genetik terbantut ini biasanya boleh dikenalpasti setelah pokok berusia 4 hingga 6 bulan keatas. Namaun demikian kaedah terbaik yang masih muda dalam industri ini ialah melalui teknih tumpangan mata tunas. kaedah ini telah lama digunakan dalam industri komuditi getah dan buah-buahan. melalui teknik ini benih yang mempunyai ciri-ciri penghasilan gaharu yang baik dipilih dan dibiakkan melalui tumpangan mata tunas, samaada teknik tampalan baji atau tampalan mata tunas atau sanding. Selamat memilih pokok yang mempunyai genetik terbaik.

No comments:

Post a Comment