Sunday, 24 November 2013
Thursday, 21 November 2013
ULAT KUANG/ULAT KEKEK/PLEOCOMA FIMBRIATA
Ulat kuang/ulat kekek/pleocoma fimbriata, adalah larva daripada kumbang yang sering menyerang pokok diawal penanaman.
Ulat yang biasanya menyerang ubi keledek
didapati sangat menyukai memakan akar pokok gaharu. biasanya ulat ini akan menyerang dengan
memakan akar tunjang pokok. Biasanya pokok yang diserang akan menyebabkan tumbesaran terhenti, daun
tidak mengeluarkan pucuk baru, daun menjadi kuning dan akhirnya pokok yang
berusia dua tahun kebawah akan mati.
Ulat Kuang/Ulat Kekek/Pleocoma Fimbriata, biasanya memilih tanah jenis perpasir yang
mempunyi pokok kelapa atau pokok janggus sebagai habitat larva ini. Serangan
larva ini biasanya sukar dirawat dan berakhir dengan kematian, ia boleh
menjadikan mimpi ngeri kepada peladang. Anda boleh mengelak dari bertembung
dengan masalah ini dengan memilih kawasan tanah yang lebih sesuai yang tidak terdapat larwa ini. Kawasan
tanah tinggi atau sedikit berbukit biasanya tidak menghadapi masalah ini.
Wednesday, 20 November 2013
TEKNIK SUNTIKAN/INOKULASI POKOK GAHARU/DEPU/KARAS/AQUILARIA sp.
Umum mengetahui pokok gaharu perlu melalui proses tertentu
untuk menghasilkan teras seperti yang diidamkan. Ramai juga mengetahui antara
kaedah digunakan adalah suntikan atau sangan sinonim dengan istilah inokulasi
oleh pemain gaharu secara perladangan. Walaupun terdapat kaedah lain seperti
sapuan dan takikkan dibahagian batang pokok, namun kaedah suntikan diakui memberi
impak yang lebih positif.
Terdapat banyak mitos dan berbagai teori dilontarkan
berhubung pembentukan teras gaharu melalui kaedah inokulasi. Yang nyata
kebanyakan teori ini sangat menakutkan, seolah-olah proses inokulasi ini sangat
rumit, boleh memberi kerugian yang besar, risiko kematian pokok yang tinggi, gaharu
tidak menjadi, gaharu menjadi nipis, kayu mereput, pokok akan patah ditiup angin
dan berbagai kenyataan yang sangat menyeramkan sehingga boleh menjadi mimpi
ngeri kepada peladang, dan sudah pasti proses ini hanya layak dilakukan oleh
golongan yang pakar sahaja. Namun percayalah kenyataan ini mirip kepada berniat
‘menangguk di air keruh’. Kenyataannya adalah proses inokulasi sangat mudah,
tidak memerlukan kelulusan Phd,Sarjana, bahkan sijil sekalipun. Proses
inokulasi pokok gaharu boleh dilakukan oleh siapa sahaja. Bahkan kanak-kanak
belum baligh pun boleh melakukannya. Dan hasil gaharu yang terbentuk tidak
bergantung kepada siapa, dan kelulusan apa orang yang melakukannya.
Tanpa menolak faktor Kemungkinan vaksin
yang digunakan yang menjadi penentu keberhasilan ketebalan teras dan faktor genetik
pokok, proses kerja inokulasi boleh dilakukan oleh siapa sahaja dengan mendapat
sedikit tunjuk ajar yang ringkas. Yang nyata proses kerja inokulasi boleh dilakukan
dengan mudah oleh peladang sendiri dengan sedikit peralatan asas.
Yang menarik lagi tentang teknik suntikan ini ialah, peladang
boleh menentukan bentuk teras yang diingini samaada ingin membentuk gaharu
berupa selinder atau ketulan kecil seperti chip. Kaedah suntikan yang berbeza
menjadikan penbentukan teras juga berbeza.
Subscribe to:
Posts (Atom)