TANAMAN GAHARU APA PILIHAN ANDA
Aquilara Malaccensis
lebih dikenali oleh masyarakat melayu sebagai pokok gaharu, disebelah pantai
timur pokok gaharu juga dikenali sebagai pokok depu atau karas. Di Malaysia sepsis tempatan yang
dikenali sebagai Aquilara Malaccensis dalam istilah saintifik adalah yang
terpilih kerana boleh menghasilkan resin yang berkualiti berbanding spesis tempatan yang lain. Selain
itu kajian rambang mendapati Terdapat juga pokok gaharu dari sepsis Aquilara
Hirta ditanam di Malaysia Spesis ini boleh didapati di kawasan pantai timur
Semenanjung Malaysia, penduduk tempatan lebih mengenalinya sebagai Candan
berbulu, ini kerana dibahagian bawah daun muda pokok ini terdapat bulu-bulu
kecil. Dua sepsis ini merupakan sepsis tempatan yang terpilih untuk ditanam
kerana kualiti gaharu yang tinggi boleh terbentuk dalam pokok tersebut.
Industri pengeluaran
gaharu sebenarnya telah berkembang luas di beberapa buah Negara di rantau asia
tenggara seperti di Thailand, Kemboja, Vetnam dan Indonesia. Di Negara ini industri ini masih sangan baru dan agak asing kepada penduduk
tempatan. Lantaran itu pengusaha tempatan banyak memperolehi
sumber pengetahuan berhubung industri ini daripada Negara jiran seperti Thailand
dan Kemboja. Oleh yang demikian tinjawan yang dibuat pada tahun 2009 mengenai
industri ini mendapati sepsis yang ditanam oleh pengusana tempatan adalah
daripada jenis A. Crasna yang berasal di Kemboja dan A. Sapintegra yang berasal
di Thailand.
Petani - petani tempatan rata-rata mempercayai hanya sepsis ini yang mampu
mengeluarkan hasil gaharu yang paling bernilai tinggi dalam tempoh yang singkat.
Sehingga tahun 2010 kursus-kursus memulakan
industri gaharu di Malaysia
berkembang subur bagai cendawan lepas hujan, ia bermula di Bandar besar hingga
kawasan-kawasan pinggir bandar. Program yang pada keseluruhannya dianjurkan
syarikat swasta mendapat sambutan yang sangan menggalakkan dari masyarakat
setempat. Hasilnya pengetahuan daripada kursus ini digunakan bagi memulakan
perusahaan penanaman gaharu di Malaysia.
Walaubagaimanapun masyarakat Malaysia
yang rata-rata yang ditemui sangat yakin
A. Crasna dan A. Sapintegra yang menduduki rangking tertinggi dalam senarai
pilihan untuk diusahakan.
Tidak seperti di
Indonesia, Pengusaha gaharu disana lebih senang memilih A. malaccensis (spesis
tempatan) untuk ditanam, ini mungkin disebabkan beberapa faktor georafi yanag
memisahkannya dengan tanah besar, tetapi yang lebih penting ialah pemahaman
yang meluas tentang ilmu penanaman gaharu dikalangan pengusaha disana lebih
mendalam berbanding di Malaysia.
Terlalu banyak mitos
yang diperolehi hasil dari penelitian yang dibuat berhubung pemilihan sepsis yang dipilih. Pengusaha gaharu di
Malaysia lebih 90% mempercayai bahawa A. Crasna dan A. Sapintegra boleh
menghasilkan minyak dan teras gaharu dalam masa yang singkat berbanding sepsis
tempatan (A.Malaccensis) ramai juga mempercayai sepsis terpilih dari jenis
tempatan ini (A.Malaccensis) tidak setanding dengan A.Crasna dan A. Sapintegra
malah tidak kurang juga menyatakan sepsis tempatan ini tidak wajar dipilih
kerana kualiti teras dan minyak yang rendah dan mengambil masa yang lama
menjangkau 20 hingga 40 tahun dan merugikan jika diusahakan secara komersial.
Sejauhmana kebenaran kenyataan ini menjadi tandatanya kepada ramai pengusaha
yang berminat mengusahakan persahaan ini.
Ironisnya sehingga tahun 2013
hampir keseluruhan eksport gaharu dari Malaysia kepasaran dunia adalah dipercayai dari jenis A. Malaccensis sedikit
sahaja daripada A. hirta (Candan) Fakta menunjukkan bahawa harga pasaran gaharu
dari spessis ini adalah sangan baik. Maka dengan sebab itulah tidak
menghairankan kita apabila statistik pencerobohan haram keatas hutan Malaysia
oleh pencari gaharu Negara jiran seperti Thailand dan Kemboja menunjukkan
peningkatan yang membimbangkan, sehingga menyebabkan jenis A. Malaccensis
diistiharkan sebagai sepsis pokok yang diancam kepupusan dan penebangan pokok
tersebut tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.
Sebenarnya menurut
tidak ada sepsis yang boleh diistiharkan
sebagai yang terbaik berbanding spesis lain, ini kerana haruman
yang dihasilkan oleh sepsis – spesis terpilih ini adalah berbeza diantara satu
sama lain. Dengan kata lain negara tertentu mempunyi minat yang berbeza
terhadap haruman gaharu. Sebagai contoh Negara timur tengah misalnya lebih
menggemari gaharu jenis A.Malccensis, sebaliknya Negara India menyukai A. Hirta
manakala Negara Jepun lebih meminati gaharu dari jenis A. Crasna. Nilai sesuatu
jenis gaharu sebenarnya adalah mempunyi hubungan selari dengan kualiti teras gaharu tersebut bukan dengan spesis gaharu. Semakin tinggi kualiti teras gaharu tersebut maka semakin
tinggilah nilai gaharu tersebut.
Tidak ada hasil kajian
saintifik dibuat secara terbuka bagi membuktikan perbezaan tindakbalas kimia
terhadap beberapa spesis terpilih bagi menghasilkan resin gaharu di Malaysia.
Tetapi hasil daripada kajian yang dibuat oleh Hartal dan Guswarni Anwar
dari Universiti Pertanian Bengkulu
Indonesia antara Spesis A.malaccansis dan A. Crasna menapati A. Malaccensis
telah memperolehi nilai skor terbaik terhadap semua varibel yan diuji.
Kesimpulan yang dibuat dalam analisis tersebut telah membuktikan A. Malaccensis
adalah sepsis terbaik yang memberi kesan terhadap beberapa varibel yanag diuji
dalam menghasilkan resin gaharu berbanding Spesis A. Crasna.
Jika
hasil kajian yang dibuat oleh Universiti Pertanian Bengkulu ini dijadikan asas
rujukan, jelas bahawa A. Malaccensis merupakan yang terbaik dan mudah
menghasilkan resin. Jika ini lah kenyataannya mengapa pengusaha di Malaysia
merasa ragu untuk menanam sepsis ini, sedangkan ia sesuai dengan cuaca dan
tanah dinegara ini? Mengapa jenis dari Negara jiran yanag menjadi pilihan?
Kesimpulan yang dapat dibuat adalah mungkin
pengusaha tempatan tidak memperolehi pengetahuan dari sumber yang tepat yang
diiktiraf. Pengusaha tempatan sebenarnya banyak memperolehi pengetahuan
daripada rujukan yang tidak saintifik. Pengetahuan yang diperolehi mungkin
daripada rakan-rakan yang biasa melawat ladang gaharu di Thailand dan
Kemboja. Oleh yang demikian pilihan benih tertumpu kepada Negara tersebut.
Kesukaran memperolehi benih tempatan A. Malaccensis juga menjadi faktor ia
kurang ditanam. Rata-rata tapak semaian benih di Malaysia tidak menghasilkan benih
dari jenis tempatan(A.Malaccensis) kerana sukar untuk memperolehi biji benih
dari hutan, lantaran jumlah pokok yang semakin berkurangan. Pihak FRIM juga
tidak mampu memenuhi permintaan benih dari pengusaha tempatan kerana kekangan
tertentu. Walaubagaimanapun, walau apapun pilihan pengusaha tempatan terhadap
tanaman ini ia adalah lebih baik daripada tidak mengambil kesempatan
mengusahakan tanaman berpotensi tinggi ini. Selamat mengusahakan tanaman ini
semoga semua halangan dapat ditempuhi dengan sabar.