Wednesday, 1 January 2014

TANAMAN GAHARU APA PILIHAN ANDA



TANAMAN GAHARU APA PILIHAN ANDA


Aquilara Malaccensis lebih dikenali oleh masyarakat melayu sebagai pokok gaharu, disebelah pantai timur pokok gaharu juga dikenali sebagai pokok depu atau  karas. Di Malaysia sepsis tempatan yang dikenali sebagai Aquilara Malaccensis dalam istilah saintifik adalah yang terpilih kerana boleh menghasilkan resin yang berkualiti  berbanding spesis tempatan yang lain. Selain itu kajian rambang mendapati Terdapat juga pokok gaharu dari sepsis Aquilara Hirta ditanam di Malaysia Spesis ini boleh didapati di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia, penduduk tempatan lebih mengenalinya sebagai Candan berbulu, ini kerana dibahagian bawah daun muda pokok ini terdapat bulu-bulu kecil. Dua sepsis ini merupakan sepsis tempatan yang terpilih untuk ditanam kerana kualiti gaharu yang tinggi boleh terbentuk dalam pokok tersebut.


Industri pengeluaran gaharu sebenarnya telah berkembang luas di beberapa buah Negara di rantau asia tenggara seperti di Thailand, Kemboja, Vetnam dan Indonesia. Di Negara ini industri ini masih sangan baru dan agak asing kepada penduduk tempatan. Lantaran itu pengusaha tempatan banyak memperolehi sumber pengetahuan berhubung industri ini daripada Negara jiran seperti Thailand dan Kemboja. Oleh yang demikian tinjawan yang dibuat pada tahun 2009 mengenai industri ini mendapati sepsis yang ditanam oleh pengusana tempatan adalah daripada jenis A. Crasna yang berasal di Kemboja dan A. Sapintegra yang berasal di Thailand. Petani - petani tempatan rata-rata mempercayai hanya sepsis ini yang mampu mengeluarkan hasil gaharu yang paling bernilai tinggi dalam tempoh yang singkat.



 Sehingga tahun 2010 kursus-kursus memulakan industri gaharu di Malaysia berkembang subur bagai cendawan lepas hujan, ia bermula di Bandar besar hingga kawasan-kawasan pinggir bandar. Program yang pada keseluruhannya dianjurkan syarikat swasta mendapat sambutan yang sangan menggalakkan dari masyarakat setempat. Hasilnya pengetahuan daripada kursus ini digunakan bagi memulakan perusahaan penanaman gaharu di Malaysia. Walaubagaimanapun masyarakat Malaysia yang  rata-rata yang ditemui sangat yakin A. Crasna dan A. Sapintegra yang menduduki rangking tertinggi dalam senarai pilihan untuk diusahakan.


Tidak seperti di Indonesia, Pengusaha gaharu disana lebih senang memilih A. malaccensis (spesis tempatan) untuk ditanam, ini mungkin disebabkan beberapa faktor georafi yanag memisahkannya dengan tanah besar, tetapi yang lebih penting ialah pemahaman yang meluas tentang ilmu penanaman gaharu dikalangan pengusaha disana lebih mendalam berbanding di Malaysia.  
Terlalu banyak mitos yang diperolehi hasil dari penelitian yang dibuat berhubung pemilihan  sepsis yang dipilih. Pengusaha gaharu di Malaysia lebih 90% mempercayai bahawa A. Crasna dan A. Sapintegra boleh menghasilkan minyak dan teras gaharu dalam masa yang singkat berbanding sepsis tempatan (A.Malaccensis) ramai juga mempercayai sepsis terpilih dari jenis tempatan ini (A.Malaccensis) tidak setanding dengan A.Crasna dan A. Sapintegra malah tidak kurang juga menyatakan sepsis tempatan ini tidak wajar dipilih kerana kualiti teras dan minyak yang rendah dan mengambil masa yang lama menjangkau 20 hingga 40 tahun dan merugikan jika diusahakan secara komersial. Sejauhmana kebenaran kenyataan ini menjadi tandatanya kepada ramai pengusaha yang berminat mengusahakan persahaan ini. 


Ironisnya sehingga tahun 2013 hampir keseluruhan eksport gaharu dari Malaysia kepasaran dunia adalah  dipercayai dari jenis A. Malaccensis sedikit sahaja daripada A. hirta (Candan) Fakta menunjukkan bahawa harga pasaran gaharu dari spessis ini adalah sangan baik. Maka dengan sebab itulah tidak menghairankan kita apabila statistik pencerobohan haram keatas hutan Malaysia oleh pencari gaharu Negara jiran seperti Thailand dan Kemboja menunjukkan peningkatan yang membimbangkan, sehingga menyebabkan jenis A. Malaccensis diistiharkan sebagai sepsis pokok yang diancam kepupusan dan penebangan pokok tersebut tanpa kebenaran adalah satu kesalahan.


Sebenarnya menurut tidak ada  sepsis yang boleh diistiharkan sebagai yang terbaik berbanding spesis lain, ini kerana  haruman yang dihasilkan oleh sepsis – spesis terpilih ini adalah berbeza diantara satu sama lain. Dengan kata lain negara tertentu mempunyi minat yang berbeza terhadap haruman gaharu. Sebagai contoh Negara timur tengah misalnya lebih menggemari gaharu jenis A.Malccensis, sebaliknya Negara India menyukai A. Hirta manakala Negara Jepun lebih meminati gaharu dari jenis A. Crasna. Nilai sesuatu jenis gaharu sebenarnya adalah mempunyi hubungan selari dengan  kualiti teras gaharu tersebut bukan dengan spesis gaharu. Semakin tinggi kualiti teras gaharu tersebut maka semakin tinggilah nilai gaharu tersebut. 


Tidak ada hasil kajian saintifik dibuat secara terbuka bagi membuktikan perbezaan tindakbalas kimia terhadap beberapa spesis terpilih bagi menghasilkan resin gaharu di Malaysia. Tetapi hasil daripada kajian yang dibuat oleh Hartal dan Guswarni Anwar dari  Universiti Pertanian Bengkulu Indonesia antara Spesis A.malaccansis dan A. Crasna menapati A. Malaccensis telah memperolehi nilai skor terbaik terhadap semua varibel yan diuji. Kesimpulan yang dibuat dalam analisis tersebut telah membuktikan A. Malaccensis adalah sepsis terbaik yang memberi kesan terhadap beberapa varibel yanag diuji dalam menghasilkan resin gaharu berbanding Spesis A. Crasna. 


Jika hasil kajian yang dibuat oleh Universiti Pertanian Bengkulu ini dijadikan asas rujukan, jelas bahawa A. Malaccensis merupakan yang terbaik dan mudah menghasilkan resin. Jika ini lah kenyataannya mengapa pengusaha di Malaysia merasa ragu untuk menanam sepsis ini, sedangkan ia sesuai dengan cuaca dan tanah dinegara ini? Mengapa jenis dari Negara jiran yanag menjadi pilihan? 



 Kesimpulan yang dapat dibuat adalah mungkin pengusaha tempatan tidak memperolehi pengetahuan dari sumber yang tepat yang diiktiraf. Pengusaha tempatan sebenarnya banyak memperolehi pengetahuan daripada rujukan yang tidak saintifik. Pengetahuan yang diperolehi  mungkin  daripada rakan-rakan yang biasa melawat ladang gaharu di Thailand dan Kemboja. Oleh yang demikian pilihan benih tertumpu kepada Negara tersebut. Kesukaran memperolehi benih tempatan A. Malaccensis juga menjadi faktor ia kurang ditanam. Rata-rata tapak semaian benih di Malaysia tidak menghasilkan benih dari jenis tempatan(A.Malaccensis) kerana sukar untuk memperolehi biji benih dari hutan, lantaran jumlah pokok yang semakin berkurangan. Pihak FRIM juga tidak mampu memenuhi permintaan benih dari pengusaha tempatan kerana kekangan tertentu. Walaubagaimanapun, walau apapun pilihan pengusaha tempatan terhadap tanaman ini ia adalah lebih baik daripada tidak mengambil kesempatan mengusahakan tanaman berpotensi tinggi ini. Selamat mengusahakan tanaman ini semoga semua halangan dapat ditempuhi dengan sabar.